makanya saat itu juga memberi gambaran bahawa jauhnya aku daripada penciptaku sendiri.
walaupun pada lisannya kata2 rindu kepada pencipta itu bisa dilafazkan,
namun sekiranya aku tanya hati kecilku,aku tahu ia pasti diam membisu.
mana tidaknya,masakan hatiku akan rindu pada penciptaku sedangkan semakin hari,semakin aku terbiasa dengan dosa-dosa yang aku lakukan.
rindu.
jika kita rindu pada sesuatu,kita pasti akan cari sesuatu bagi mengubat kerinduan kita.
yang pasti,sesuatu itu pasti akan membahagiakan hati kita dan
orang yang dirindui juga akan turut berasa sedemikian rupa tatkala mengetahui apa yang kita lakukan bagi mengubat kerinduan kepadanya.
nah,sekarang sudah jelas kan?
apa buktinya aku rindu pada penciptaku?
di manakah kalam sucinya aku letakkan?di mana tangisan ku untuk Dia dengari?
di mana sujud tanda cinta dan kasih sayangku buat-Nya?di mana janji dan keazamanku untuk tidak menyebabkan kemurkaan-Nya?
rindu aku telah pergi jauh ditenggelami dosa-dosa duniawi.
rindu itu telah aku lepaskan kenikmatannya dengan memilih kebahagiaan di dunia ini.
ohhh..jahilnya aku.butanya aku.
Ya Allah,ampunkan aku.kembalikanlah rindu itu padaku.Amin Ya Rabb Al-Alamin
i seriously do :'(
No comments:
Post a Comment