Thursday, June 14, 2012

choosing spouse?

Getting married is probably something that is going to happen in everyone's life.
So do mine,insyaAllah,if He wills.
This just got into my mind today;choosing your soon-to-be spouse.
I even googled any online quiz to get to know what type of partner is ideal for me.haha.
Well, i think it helps tho,a bit.Coz the result is..

Your ideal partner is a performer.You like someone who's into working and very well-organized about it.


Yes.It makes sense.I mean,that's really my type!haha.For once,I kind of trust this quiz.But only this,coz others just made me pull my face.They are total craps.


Then i thought why don't I just google some blogs that have this sort-of-advice on choosing spouse according to Islam.So here' s what I found.And I think this is quite helpful and good to ponder before we decide in choosing someone to become our marital partner :)



Hukum fikah membenarkan memilih pasangan tanpa melihat kedudukan, kekayaan dan pendidikan. Maknanya, dibolehkan wanita yang mempunyai kedudukan tinggi  berkahwin dengan lelaki yang tarafnya lebih rendah.Bagaimanapun , islam telah memberi panduan yang sangat baik untuk memilih calon suami atau isteri.Ini bagi mewujudkan rumahtangga yang serasi dan dapat di layari dengan aman dan tenteram.


  Sekufu (kufu) adalah istilah yang di gunakan ulama dalam bab perkahwinan yang bermaksud sepadan atau secocok di antara suami isteri.Islam mementingkan soal kufu kerana menjadi faktor menjamin kebahagiaan hidup berumahtangga.


   Banyak pasangan yang mengalami krisis rumahtangga di sebabkan tidak sekufu ( perbezaan darjat ),  berbeza pendapat, pemikiran, citarasa dan kebiasaan.Sebab itulah, pentingnya pengenalan atau merisik terlebih dahulu. Semasa tempoh merisik sepatutnya pengenalan diri calon haruslah di jelaskan tanpa menyembunyikan sesuatu perkara.Bagaimanapun perkara yang mendatangkan aib, tidak wajib didedahkan .Ini adalah lebih baik di sembunyikan bagi mengelak fitnah dan masalah pada masa hadapan.


  Jika suami, tidak menjelaskan secara jujur atau berbohong sepanjang tempoh bertunang atau berkenalan dan selepas akad nikah barulah si isteri mendapat tahu hal sebenarnya para ulama berpendapat adalah harus bagi isteri atau walinya menuntut fasakh bagi memutuskan ikatan.


  Ini membuktikan betapa pentingnya soal kufu.Calon suami atau isteri yang menyembunyikan tentang dirinya bermaksud tidak ikhlas dan ada niat menipu.Sedangkan dalam perkahwinan kejujuran , telus dan menghargai pasangan adalah perlu.


  Mengikut sudut syarak, ulama memberikan pelbagai aspek perlu di lihat berkaitan kufu.Imam hanafi, maliki, hambali dan syafie menjelaskan maksud persamaan kufu dilihat dari sudut keturunan, pekerjaan, keagamaan. fizikal, ilmuan dan juga harta. Aspek kufu lain adalah umur, hubungan kekeluargaan, minat, bangsa, gaya hidup dan tempat tinggal. Tetapi tetap meletakkan faktor agama menjadi keutamaan.Lelaki adalah ketua keluarga dan bertanggungjawab dalam mendidik isteri dan anak -anak melaksanakan amalan suruhan tuhan.


   Diriwayatkan dalam satu kisah, seorang lelaki datang menemui Hassan bin Ali , untuk mendapat nasihat. Katanya, " Anak perempuan aku dipinang oleh beberapa lelaki .Lelaki bagaimanakah yang layak dikahwinkan dengan puteriku ? ". Lantas Hassan menjawab : " kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, kerana jika dia menyukai isterinya dia pasti mengasihinya tetapi jika dia tidak menyukai isterinya pasti dia tidak akan berlaku zalim terhadapnya ".


   Sesungguhnya lelaki bertakwa tidak akan bertindak sesuka hati terhadap isterinya.Isterinya akan di layan dengan baik kerana isteri adalah amanat dari Allah. Penelitian soal kufu bukanlah bertujuan untuk menyukarkan soal pemilihan pasangan hidup . Sesungguhnya islam amat menggalakkan umatnya berkahwin.Antara urusan yang tidak patut ditangguhkan apabila tiba masanya adalah mendirikan rumahtangga.


The most famous citation of Prophet's Sunnah on choosing spouse:



Just as a husband should look for a righteous wife, so too should a woman look to choose a righteous husband. Abu Hurairah reported that the Messenger of Allaah said: “If someone should come to you whose religion and character you are pleased with, marry (your daughter) off to him. If you do not do so, there will be mischief in the land and widespread corruption.”[6]
Based on this, we see that the firm foundation that a potential couple should base their selection of one another should be that of: Religion and Character. This is what will bring about a correct and proper upbringing for children.
On the wedding night when the groom consummates the marriage, it is recommended for him to say: “O Allaah, I ask you for her good and the good that she was molded upon” whilst placing his hand upon her head. He should also pray two rak’aat with her.


WALLAHUA'LAM :)

No comments:

Post a Comment